📍 P.ART.Y Gallery Pattani
Pattani Phirom Road
Sig Coffee Party adalah sebuah acara sulung kopi di Pattani. Acara mini ini diadakan bagi meraikan usahawan dari 3 wilayah iaitu Pattani, Yala & Narathiwat yang memperjuangankan industri kopi, roastery dan beberapa produk buatan asli tempatan seperti ais krim buatan sendiri, jenama fesyen dan lain-lain dalam mempersembahkan menu 'signature' atau menu istimewa masing-masing di acara ini.
Lokasi ini sebenarnya belum beroperasi sepenuhnya, malah ia masih belum mendapat sentuhan renovasi apapun selepas mendapat kunci dari tuan tanah.
Acara ini telah dianjurkan hasil dari kolaborasi beberapa entiti seperti
OWLY CAFE' & CO.
The RIP
ONYX
Gachapon coffee house
ว่าง Cafe’ & Bistro
Baan art Cafe&roastery
REAM
Story Homemade Ice Cream Pattani
Chocofac’s specialty chocolate
อบอุ่น Homemade Bakery Coffee
GLOW Tea Space
A day Slowbar
97 Space.
Coffivity
TRIXIE
Chaploo cafe&gallery
dan lain-lain bagi mengadakan acara santai sebelum memulakan langkah pengubahsuaian terhadap bangunan ini yang bakal menjadi ruang seni dan aktiviti setempat.
Kurang lebih 20 usahawan terlibat dengan acara kopi mini ini. Dengan melibatkan konsep 'Signature Story' sebagai perjalanan acara ini, ia menjadi salah sebuah acara yang menarik telah diadakan pada 3-5 Februari 2003 yang lalu dengan mendapat kunjungan dari masyarakat dari pelbagai peringkat umur.
Signature Story atau lebih dikenali sebagai Signatories adalah sebuah gerakkan yang mengambil namanya dari perihal persetujuan antara beberapa pihak yang memungkinkan/seolah semua yang terlibat dalam apa jua pergerakkan menurunkan tanda tangan/sependapat/bersetuju/ atas usaha yang bakal dijalankan. Dari situ, ia menjadi asas kepada SIG [n.] - Signatories - Signature Story
Tahniah atas penganjuran acara sulung ini. Semoga terus bermanfaat untuk lingkungan semua.
Pattani ToDay ปัตตานี ทูเดย์
ʜᴏᴄʏʙᴇʀᴊᴀʟᴀɴ | tomyumtraveller
#Pattani #Thailand #ประเทศไทย #Signtories #CoffeeParty #SigCoffeeParty #Coffee #Kopi #กาแฟ #HOCYBERJALAN #ปัตตานี #sekolahkopikekalberdiri
0 Comments