Advertisement

Responsive Advertisement

After Monsoon Project /01

 After Monsoon Project Volume 1

📍PASAR LAMA TUMPAT,KELANTAN

14-29 JAN 2023

9pagi-5petang

(masuk percuma)


Sesudah Tengkujuh

'Lepah Boh'


Tengkujuh merupakan fenomena semula jadi yang dianggap sebagai kuasa pemusnah yang membawa musibah serta merencatkan segala aktiviti ekonomi manusia dan merubah landskap.

Namun dari sisi lain, tengkujuh juga ialah sebuah cerminan kitaran kehidupan dan kematian yang silih berganti, sama ada dari segi fungsi dan makna terhadap tanah & penduduk setempat.

Bagi kawasan persisiran pantai, tengkujuh membawa bersama sisa-sisa putaran alam dan buangan manusia yang sebelum ini memiliki kehidupan yang tersendiri.

Pameran After Monsoon Project 01 cuba merungkai bagaimana makna ruang(space) dan tempat(place) bersilang membentuk persepsi antara sementara dan kekal dampak alam dan pembangunan manusia terhadap memori dan sejarah tempatan.

Justeru, tengkujuh dijadikan sebagai sebuah mod untuk menggali naratif-naratif yang terpinggir, yang dilupai dan yang terkubur bersama perubahan-perubahan yang dibawa oleh fenomena semula jadi ini.

Pengumpulan naratif -naratif ini diluahkan menerusi dokumentasi enam pengkarya dari pelbagai latar belakangkan seni visual, persembahan & filem. Projek ini tertumpu di Tumpat, Kelantan, terletak di utara Kota Bharu dan merupakan perbatasan Malaysia-Thailand. Pekan kecil ini menyaksikan kesan silang pertukaran ekonomi,sosial, politik dan budaya yang berhubung rapat dengan kedudukan geografinya.

Pameran ini adalah hasil kolektif enam pengkarya yang beriltizam menyelami hubungan antara manusia dan alam di kawasan pinggiran arus perdana melalui 19 jenis pameran termasuk pameran ke 20 secara alami (pendapat peribadi) iaitu gerak, cerna & aksi pengunjung, alam siang dan malam selama 15 hari pameran ini berlangsung.










Tahniah & terima kasih kalian!

Azzaha Ibrahim 

Dain Said 

Azzad Diah Ahmad Zabidi 

Hawari Berahim 

Arja Lee 

Haris Abadi 


Photo by @hocykomradputeh

Post a Comment

0 Comments