Advertisement

Responsive Advertisement

Syawal 2024 kami di LEGOLAND® Malaysia Resort

20 April - 21 April 2024 lalu, kami sekeluarga sempat bercuti di Taman Tema LEGOLAND® Malaysia Resort sempena Nostalgia Raya Legoland.

Katanya event ini berlangsung sehingga 12 Mei 2024. Banyak aktiviti menarik yang disajikan oleh mereka untuk para pengunjung yang hadir.

Antaranya : 

1. Terokai keajaiban Malaysia dalam bentuk mini di ruangan Miniland Amazing Malaysia.

2. Sertai aktiviti “ Raya Hunt ” dimana kita boleh cabarkan diri dalam misi mencari ketupat LEGO®  yang tersembunyi di Miniland Amazing Malayzia dan Kampung Cluster. 

3. Bina tanglung sendiri dengan menggunakan lego yang tersedia.

4. Libatkan diri dengan aktiviti dalam bengkel kebudayaan seperti melukis batik dan anyam ketupat. 

5. Jangan lupa untuk hiburkan hati dengan pelbagai persembahan di pentas utama seperti Joget Uda & Dara.


Buat kami terutamanya Harraz, LEGOLAND® Malaysia merupakan tempat yang paling teruja untuk dikunjungi dan tidak akan pernah bosan untuk berada disana.

Selain itu, kemeriahan hari raya dapat dirasai dengan putaran lagu-lagu raya di segenap ruang serta tarian kebudayaan yang menggamit memori. Ia seakan sebuah ‘pulau keriangan’ buat sesisi keluarga dan si kecil yang berkunjung sepanjang tema ini berlangsung sehingga 12 Mei 2024,

Tahniah @legolandmalaysia kerana berjaya mencipta suasana kemeriahan hari raya di ‘Perkampungan Legoland’ yang cukup dirasai oleh semua pengunjung lokal mahupun luar negara. Sedikit sebanyak, kalian telah mempromosikan budaya & perayaan yang ada di negara yang kita cintai ini.
Pendek kata, ‘Legoland Malaysia adalah salah satu pusat budaya dan perkembangan tradisi alaf baru yang bermula dari sebongkah LEGO kecil sehingga mampu membentuk gagasan kasih sayang kekeluargaan dan generasi‼️’

#NostalgiaRaya #RayaLLMR24 #LEGOFriends4D #tomyumtraveller #hocyberjalan #LegolandMalaysia #cuticutimalaysia #johor #jdt #visitmalaysia








Post a Comment

0 Comments