Advertisement

Responsive Advertisement

LEGO® DREAMZzz 4D MOVIE

 Finally! New 4D movie released in Legoland Malaysia Resort.

Terokai dunia " LEGO DreamZzz " bersama di LEGOLAND Malaysia bermula Ogos ini


Bermula pada 3 Ogos 2023, semua orang dijemput untuk menerokai pengembaraan yang mendebarkan serta mencabar yang bertemakan LEGO DREAMZzz di LEGOLAND Malaysia Resort bagi menyertai misi memburu “makhluk mimpi”, dan meneroka dunia yang fantastik di luar imaginasi kita terutama sekali kanak-kanak.

Di inspirasikan oleh mimpi kanak-kanak, LEGO DREAMZzz ialah acara bertema pertama oleh LEGO Group yang merealisasikan kreativiti kanak-kanak sewaktu mereka bermimpi.

Siri LEGO DREAMZzz dikeluarkan sejak bulan Mei 2023, iaitu pengembaraan rakan-rakan sekolah, MateoIzzieCooperLogan dan Zoey semasa mereka menyertai agensi rahsia serta belajar menggunakan kuasa imaginasi untuk mengembara ke Dream World – untuk mengalahkan Nightmare King yang zalim!

Jangan lepaskan peluang anda semua untuk berkunjung ke Legoland Malaysia Resort bagi menyelami dunia, di mana pelbagai program serta aktiviti berkaitan dengan tema.

  • Pertama, LEGOLAND Malaysia Resort akan menampilkan tayangan perdana filem 4D eksklusif ‘Z-Blob Rescue Rush‘ mulai 3 Ogos dalam LEGO Studios 4D Movie Theatre
  • Kedua, “Hunt for the Dream Creatures”  di MINILAND – taman miniatur yang direplikasikan versi tempat-tempat ikonik di Asia. Setelah selesai memburu, tetamu boleh pulang dengan Lencana ID Dream Chaser sendiri untuk mengesahkan status kejayaan mereka.
  • Ketiga, anak-anak boleh mempelajari tentang kemahiran membina LEGO dengan mencipta 'dream' atau 'nightmare' creatures sendiri di ruangan LEGO DREAMZzz  bricks table sebelum menyimpannya didalam bilik khas yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi LEGOLAND Malaysia.


LEGO Group juga telah melancarkan beberapa produk berdasarkan watak-watak baharu daripada siri LEGO DREAMZzz. Jangan lepaskan peluang untuk mengumpul koleksi produk baru mereka.

71456 LEGO DREAMZzz Mrs. Castillo’s Turtle Van
71454 LEGO DREAMZzz Mateo and Z-Blob the Robot


71461 LEGO DREAMZzz Fantastical Tree House

71469 LEGO® DREAMZzz Nightmare Shark Ship




Tak lupa juga, bermula 1 Ogos hingga 14 September,boleh dapatkan LEGO DREAMZzz eksklusif beg galas boleh lipat secara PERCUMA dengan perbelanjaan minimum RM299 untuk mana-mana set LEGO DREAMZzz yang dibeli di LEGOLAND Malaysia atau kedai LEGO yang sah.

Pembeli juga boleh menebus 30636 Z-Blob and Bunchu Spider Escape dengan perbelanjaan minimum RM199 untuk mana-mana set LEGO DREAMZzz yang dibeli di semua platform sementara stok masih ada.











Post a Comment

0 Comments